Proses disinfeksi di pasar berbangunan DBKL pada 18 hingga 21 Mei

Notis yang tular di media sosial menunjukkan Pasar Besar TTDI akan menjalani proses tersebut pada 18 Mei 2020 (Isnin) dan 21 Mei 2020 (Khamis) bermula 8 pagi hingga 12 malam. Foro: Facebook/Pasar Besar TTDI KL

KUALA LUMPUR : Kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 akan terus dijalankan di semua pasar berbangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam satu notis arahan yang dikeluarkan DBKL, orang ramai dikehendaki mengosongkan gerai daripada barangan jualan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan lain-lain barang.

“Pihak DBKL tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang-barang penjual rosak akibat kerja-kerja tersebut,” jelasnya.

Notis yang tular di media sosial menunjukkan Pasar Besar TTDI akan menjalani proses tersebut pada 18 Mei 2020 (Isnin) dan 21 Mei 2020 (Khamis) bermula 8 pagi hingga 12 malam.

Sebelum ini pelaksanaan Ops Bersih dan Diinfeksi wabak COVID-19 sudah dilakukan di 19 pasar awam di kawasan Kuala Lumpur.

BACA: COVID-19: Kuala Lumpur laksana operasi disinfeksi secara besar-besaran