Podcast Realiti Rakyat: Happy Bank bantu komuniti kurang bernasib baik

Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi pandemik COVID-19.

SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan pengasas organisasi Happy Bank, Nurainie Haziqah yang menyalurkan bantuan khusus kepada komuniti kurang bernasib baik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ketika negara berdepan ancaman wabak COVID19.

Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.