PKP Fasa II: Penutupan jalan di Subang Jaya

Sebanyak lima sekatan jalan raya dan 10 penutupan jalan ditetapkan di beberapa lokasi dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa II. Gambar fail/ Bernama.

KUALA LUMPUR: Sebanyak lima sekatan jalan raya dibuat manakala 10 jalan utama ditutup di beberapa lokasi di Subang Jaya melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa II bermula pada Rabu sehingga 14 April depan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Risikin Satiman, berkata langkah itu diambil bagi meningkatkan pemantauan pihak berkuasa dalam operasi khas bagi membantu mengekang penularan COVID-19.

Beliau menasihatkan masyarakat supaya sentiasa memberikan kerjasama serta mematuhi PKP yang sedang berkuatkuasa.

Sekatan jalan raya ditetapkan pada lima lokasi seperti berikut:

  1. Plaza Tol Seafield USJ, Subang Jaya
  2. Jalan Subang Utama ke Lebuhraya NPE
  3. Plaza Tol Puchong Selatan, Batu 14, Puchong
  4. Plaza Tol PJS 7 Lebuhraya LDP Arah Selatan
  5. Plaza Tol Putra Heights – Elite

Manakala 10 jalan ditutup sepenuhnya seperti berikut:

  1. Lebuhraya KESAS ke Subang Jaya
  • Susur Lebuhraya KESAS ke USJ 1
  • Susur Lebuhraya KESAS ke Persiaran Subang USJ 1 (Summit / Giant)
  • Susur Lebuhraya KESAS ke Persiaran Kemajuan

2. Jalan Subang Kelana Link
  • Dari Subang Kelana Link ke Persiaran Kewajipan Subang Jaya
  • Lebuhraya LDP ke Persiaran Kewajipan
3. Lebuhraya LDP ke Persiaran Kewajipan
  • Dari Hotel One City ke Persiaran Kewajipan
  • Susur Persiaran Klang ke Persiaran Kewajipan
4. Persiaran Tujuan
  • Persiaran Tujuan ke Lebuhraya Persekutuan
  • Susur dari Jalan Persiaran Kemajuan ke Lebuhraya Persekutuan
  • Susur masuk Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam ke Persiaran Tujuan
  • Susur masuk Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur ke Persiaran Tujuan

Penduduk Subang Jaya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti berikut:

Penduduk di sekitar SS 12 hingga SS 19

  • Jalan Persiaran Kemajuan ke Subang Kelana Link
  • Jalan Persiaran Tujuan / Persiaran Kewajipan ke / LDP

Penduduk di sekitar USJ 1 hingga USJ 22

  • Persiaran Kewajipan / Jalan Persiaran Tujuan / Subang Kelana Link / LDP / Lebuhraya Persekutuan

Penduduk di sekitar Bandar Sunway

  • Lebuhraya LDP / Lebuhraya NPE

Penduduk di sekitar Putra Heights

  • Persiaran Harmoni ke LDP

Penduduk di sekitar Bukit Puchong

  • Lebuhraya LDP

Sebarang pertanyaan berkaitan PKP boleh disalurkan kepada pihak berkuasa menerusi talian Hotline COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03 7862 7107 / 7108.