Muhammad Sanusi dilantik MB Kedah baharu

Muhammad Sanusi Md Nor. Gambar fail

ALOR SETAR: Muhammad Sanusi Md Nor dinamakan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim pada satu sidang media hari ini.

Menurutnya, majlis angkat sumpah Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 akan diadakan pada satu majlis di Wisma Darul Aman di sini jam 3 petang ini.

Muhammad Sanusi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah.

BACA: Mukhriz umum lepas jawatan MB Kedah berkuatkuasa serta merta

BACA: Muhammad Sanusi dijangka MB Kedah baharu?

BACA: Sokong penuh siapa sahaja MB baharu Kedah – Pemuda UMNO