Untuk tujuan ini, Facebook sedang menguji satu ciri di mana orang ramai dapat mengakses kad hadiah daripada peniaga yang menyertai di bandar mereka melalui promosi 'Support Local Business' (Sokong Perniagaan Tempatan) di halamannya.
Kad-kad hadiah itu dijayakan menerusi rakan niaga Facebook, Fave dan StoreHub, yang akan berkongsi nilai kad hadiah tersebut tidak termasuk yuran urusniaga mereka dengan peniaga yang mengambil bahagian.
Di Instagram, pemilik perniagaan boleh menambahkan pelekat kad hadiah ke Instagram stories mereka dan juga disediakan butang untuk halaman profil perniagaan mereka.
Setiap kali seseorang melihat Instagram stories dengan pelekat ini atau pergi ke halaman profil perniagaan, mereka melakukan pembelian di laman web platform yang dipilih.
Pengurus Negara Facebook bagi Malaysia, Nicole Tan berkata ciri-ciri baharu itu diperkenalkan untuk menyokong perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.
"Kami telah mendengar apa yang diperlukan oleh pemilik perniagaan dan kami ingin turut serta dalam membantu mereka mengatasi krisis ini dan terus berhubung dengan pelanggan mereka.
"Dengan kad hadiah dan baucar diskaun ini, kami berharap dapat menyediakan cara bagi orang ramai untuk berkongsi dan menyokong perniagaan tempatan mereka dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
— BERNAMA