COVID-19: Semua daerah di KL dikategorikan zon merah

Setakat jam 12 tengah hari Ahad, Malaysia mencatatkan sebanyak 3,662 kes positif COVID-19 dengan 61 kematian. Gambar/ Astro AWANI.

KUALA LUMPUR: Semua empat daerah di Kuala Lumpur kini diklasifikasikan sebagai zon merah COVID-19 berikutan peningkatan kes yang tinggi termasuk pertambahan 44 kes positif di Cheras.

Mengikut maklumat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) pada Isnin, secara keseluruhan terdapat sebanyak 18 kawasan zon merah di seluruh negara.

Setakat ini, bilangan kes positif terkini di Kuala Lumpur adalah sebanyak 622 kes dengan menyaksikan Lembah Pantai mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 376 kes.

Sementara Kepong sebanyak 112 kes; dan Titiwangsa (90 kes); 

Daerah lain yang turut dikategorikan sebagai zon merah iaitu melebihi 41 kes adalah Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang (Selangor); Seremban (Negeri Sembilan); serta Batu Pahat, Johor Bahru, dan Kluang (Johor).

Selain itu, Hilir Perak dan Kinta (Perak); Kota Bharu (Kelantan); Kuching (Sarawak); dan Tawau (Sabah).

Setakat jam 12 tengah hari Ahad, Malaysia mencatatkan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 3,662 kes dengan 61 kematian.