COVID-19: Perlu ‘berkorban lebih lama’ – Annuar Musa

Annuar turut memaklumkan pelaksanaan PKP lebih tegas di Wilayah Persekutuan akan dilaksanakan bagi melindundi warganya. – Gambar fail.

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin akan dilanjutkan dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara ini.

Menerusi Twitternya, Annuar berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah memberi bayangan supaya rakyat perlu bersedia 'berkorban lebih lama'.

"Kita percaya SOP (prosedur operasi standard) dan panduan terperinci akan segera dikeluarkan," ciapnya hari ini.

Annuar turut memaklumkan pelaksanaan PKP lebih tegas di Wilayah Persekutuan akan dilaksanakan bagi melindundi warganya.

"Sementara itu kita akan pastikan pelaksanaan PKP yg lebih tegas di WP bagi melindungi warga wilayah," katanya lagi.

BACA: Jangan berhimpun selama enam bulan hingga setahun – Dr Noor Hisham

PKP Fasa II akan berakhir pada 14 April ini selepas fasa pertama tamat pada 31 Mac lalu.

Sehingga kini sebanyak 3,662 kes positif COVID-19 dikesan di negara ini dengan 61 kes jumlah kematian.

Sebelum ini Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan KKM perlu melihat data sehingga 10 April ini untuk menentukan sama ada PKP perlu dilanjutkan atau sebaliknya.