COVID-19: Jerman jangka pendapatan cukai merosot 98 bilion euro

Jerman sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan bernilai lebih 1 trilion untuk membantu PKS dan perniagaan besar susulan arahan tinggal di rumah yang mengakibatkan aktiviti ekonomi terganggu. – AP

BERLIN: Kerajaan Jerman menjangka pendapatan cukai akan menurun sebanyak 98 bilion euro tahun ini susulan krisis akibat COVID-19

Ini adalah kejatuhan pertama pendapatan cukai sejak krisis kewangan yang disaksikan lebih 10 tahun lepas.

Menurut penilaian oleh pakar cukai yang keluarkan Kementerian Kewangan Jerman, tahun ini pendapatan di peringkat persekutuan, negeri dan pusat dijangka menurun kepada 717 bilion euro.

Laporan AP menyatakan, krisis ini telah turut menjadikan belanjawan Jerman tidak seimbang.

Jerman sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan bernilai lebih 1 trilion untuk membantu PKS dan perniagaan besar susulan arahan tinggal di rumah yang mengakibatkan aktiviti ekonomi terganggu.

Menteri Kewangan Jerman menyifatkan krisis berkenaan sebagai satu bencana alam dan menyatakan kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej rangsangan baru pada awal Jun.

Sementara itu, Jerman menyatakan antara ruang untuk ia melakukan perubahan dalam ekonominya adalah menerusi peningkatan infrastruktur digital yang dilihat banyak membantu ketika ini.

Ini akan merangsang inovasi dan harus ditekankan bergerak ke hadapan.

Dalam masa yang sama, Olaf Scholz menyatakan ekonomi Jerman bergantung kepada permintaan daripada eksport Eropah.

Tambahnya, adalah penting untuk memastikan Eropah akan makmur untuk memastikan kemakmuran Jerman.