COVID-19: Hulu Selangor diisytihar zon merah

Hulu Selangor merupakan zon merah ke 25 dan yang keenam di Selangor selepas Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Daerah Hulu Selangor menjadi kawasan zon merah COVID-19 terbaru selepas mencatatkan 43 kes positif.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Twitter dan menjadikan jumlah zon merah di seluruh negara kini bertambah kepada 25.

Hulu Selangor merupakan zon merah keenam selepas Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang.

Sehingga Jumaat, Selangor mencatatkan 1,066 kes iaitu Hulu Langat sebanyak 357 kes, Petaling (310), Klang (133), Gombak (113), Sepang (49), Hulu Selangor (40), Kuala Selangor (27), Kuala Langat (24) dan Sabak Bernam (13).

Setakat ini, lapam kematian dicatatkan di Selangor akibat pandemik COVID-19.

Salah satu kawasan di Selangor iaitu Sungai Lui dalam daerah Hulu Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak 30 Mac lalu akibat kes positif COVID-19 yang tinggi.