Amaran ribut petir di empat negeri malam ini – MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, Sarawak, Perak dan Selangor malam ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, Sarawak, Perak dan Selangor dengan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku malam ini.

Kenyataan MetMalaysia menyebut kawasan yang dijangka terlibat ialah Langkawi di Kedah selain Kapit dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Limbang di Sarawak, iaitu sehingga 11 malam.

Kawasan lain yang diramalkan dilanda hujan lebat dan angin kencang sehingga 10 malam ialah Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak manakala di Selangor ialah Kuala Selangor, Klang dan Petaling.

— BERNAMA