Tubuh jawatankuasa khas Kabinet kaji SOP

KERAJAAN menubuhkan satu jawatankuasa khas Kabinet mengenai keseimbangan kesihatan dan keselamatan serta ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia perlu bagi menilai keseimbangan antara ketiga-tiga elemen itu untuk kemudahan semua pihak.

Katanya, kerajaan mendengar keluh kesah peniaga yang menghadapi kerugian besar akibat penutupan operasi perniagaan.

Namun katanya, pada masa sama, kerajaan mahu Covid-19 dihapuskan dan rakyat terselamat daripada wabak berkenaan.

“Walau bagaimanapun kerajaan melihat perlu ada keseimbangan antara kesihatan dan keselamatan serta kepentingan ekonomi kepada negara dan individu.

“Ia akan dipengerusikan Menteri Kanan Keselamatan dan Menteri Kanan Ekonomi yang akan membincangkan prosedur operasi standard yang baru bagi membantu pihak industri,” katanya pada sidang media hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan