Siasat hospital caj harga tinggi pelitup muka

HOSPITAL swasta di ibu negara disiasat kerana mengenakan harga tinggi bagi pelitup muka tiga lapisan kepada pesakit yang menerima rawatan sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Iskandar Hakim Sulaiman berkata, pihaknya menjalankan siasatan ke atas hospital berkenaan selepas menerima aduan dan maklumat daripada orang ramai.

Iskandar berkata, orang awam mendakwa hospital berkenaan mengenakan caj sebanyak RM201.60 bagi 18 keping pelitup muka oleh jururawat yang bertugas kepada pesakit di hospital berkenaan.

Menurut beliau, harga dikenakan ituadalah sangat tinggi iaitu bersamaan RM11.20 sekeping berbanding harga maksimum yang ditetapkansebanyak RM1.50 sekeping.

“Hasil pemeriksaan beberapa dokumen berkaitan transaksi termasuk pelitup muka telah disita untuk tujuan siasatan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi kesalahanSeksyen 11menjual atau menawarkan untuk menjual barangan harga terkawal (pelitup muka tiga lapisan) melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

Iskandar berkata KPDNHEP serius dalam memastikan bekalan pelitup muka

mudah diperolehi pada harga yang tidak melebihi penentuan harga maksimum yang ditetapkan.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai makkumat berkenaan penjualan pelitup mukamelebihi harga boleh menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP.

Makkumat boleh disalurkan ketalian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/ 6245 di Enforcement Command

Centre (ECC) atau e-mel ke http://e-aduan.kpdnhep.gov.my.