Saja cari pasai…?

TINDAKAN enam individu melepak di atas pangkin kayu di hadapan sebuah rumah di Kampung Titi Akar, Sungai Tiang, Pendang mengundang padah apabila dicekup polis, semalam.

Kesemua lelaki terbabit ditahan pada 9.30 malam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, mereka berusia antara 27 hingga 61 tahun ditahan kerana berkumpul di kawasan hadapan rumah berkenaan.

Beliau berkata, pasukan Covid-19 dari Balai Polis Sungai Tiang dan Balai Polis Kubur Panjang menjalankan tangkapan itu.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 11 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan