Rezeki buat Safwan – Kakak

“INI rezeki arwah (Safwan), walaupun dia sudah tidak bersama kami lagi,” kata Lans Koperal Suraya Muhammad Ismail, kakak kepada Sarjan Safwan yang dinaikkan pangkat secara ‘Posthumous’ berkuat kuasa 3 Mei lalu.

Suraya, 32, berkata dia bersama keluarga amat bersyukur dan tidak mampu berkata apa-apa apabila mengetahui Allahyarham dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan.

“Kami rasa tersentuh… kami rasa gembira dan pada masa sama rasa sebak apabila mengetahui arwah adik menerima penghargaan di atas pengorbanan diberikannya sepanjang perkhidmatan.

“Dia (Safwan) sekarang Sarjan… tetapi kini tidak lagi bersama kami.

“Alhamdulillah di atas pengiktirafan dan penghargaan yang kami terima dari hari pertama dia pergi sehingga kini. Terima kasih semua,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata, kenaikan pangkat itu diberikan kepada arwah bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan beliau yang memberikan sepenuh komitmen sebagai anggota barisan hadapan dalam tugasan Op Covid-19.

Berdasarkan rekod, Allahyarham mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Mei 2009 dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Dalam kejadian pada 3 Mei lalu, Safwan disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap pacuan empat roda dipandu lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Pada 13 Mei lalu, pemandu terbabit K Kalaichelvan, 44, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang atas tiga pertuduhan menyebabkan kematian seorang anggota polis, 3 Mei lalu.

Peniaga itu didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis yang menjalankan sekatan jalan raya, tidak mematuhi isyarat munasabah diberikan seorang pegawai polis dan tidak memiliki lesen memandu.

Berita berkaitan:

Jasa Safwan dihargai

Suspek langgar Koperal Safwan direman

Jenazah Koperal Safwan selamat dikebumikan [METROTV]

Pemergian Safwan kehilangan buat negara, Perak

Safwan pekerja cemerlang, disenangi semua

Takziah keluarga arwah Safwan – Agong, Raja Permaisuri

Pemandu mabuk perlu hukuman lebih berat [METROTV]

PM ucap takziah kepada keluarga Safwan

Gambar terakhir Koperal Safwan buat keluarga [METROTV]

Kematian Koperal Safwan sangat memilukan – KPN [METROTV]

Polis maut dirempuh pemandu mabuk [METROTV]