Rayuan BPN tamat 31 Mei ini

TARIKH akhir untuk orang ramai yang layak membuat rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah 31 Mei ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam kenyataan media di Kuala Lumpur hari ini, berkata rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan ketika hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke [email protected].

“Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPN yang dimuatnaik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)_Permohonan_Baharu_Rayuan_Bantuan_Prihatin_Nasional(Kemaskini100520206pm).pdf

“Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara).

“Atau di HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan media sosial rasmi LHDNM iaitu Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM serta · Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial,” katanya.

BPN adalah antara yang terkandung dalam pakej rangsangan ekonomi prihatin sebagai satu daripada langkah kerajaan menampan kesan kemelesetan ekonomi dunia akibat wabak Covid-19.