Puteri Aishah dirawat di Hospital Sungai Buloh

 

PELAKON Puteri Aishah yang disahkan positif Covid-19 dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dirawat, petang tadi.

  Pengurusnya, Iman Tang berkata, Aishah berada dalam keadaan baik dan sempat mengirimkan gambar dia di dalam ambulans ketika dibawa ke hospital berkenaan. 

  “Syukur Alhamdulillah Aishah nampak sihat.  Dia sempat kirim foto dan maklumkan yang dia sudah di dalam ambulans serta dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

  “Sama-sama kita doakan Puteri selamat dan segala urusannya dipermudahkan,” katanya. 

 Semalam, Iman mendedahkan Puteri  disahkan positif Covid-19 selepas pulang menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu.

 

  • Lagi berita berkaitan Covid-19