Perkhidmatan dibenar beroperasi ketika PKP 2

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan sektor yang dibenarkan beroperasi susulan pewartaan PU (A)112 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) (Pindaan) 2020.

Turut diperjelaskan beberapa pertanyaan lazim selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa kedua.

1 Apakah terdapat sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2) susulan pewartaan PU(A) 112 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) (Pindaan) 2020?

Susulan pewartaan PU(A)112 yang berkuat kuasa pada 3 April 2020, senarai

perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi semasa PKP Fasa Dua adalah

seperti berikut:

1. Makanan

2. Air

3. Tenaga

4. Komunikasi dan Internet

5. Keselamatan dan Pertahanan

6. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Pembetungan

7. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan termasuk Penokok Diet

8. Perbankan dan Kewangan

9. E-dagang

10. Pengangkutan melalui darat, air atau udara

11. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan

terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan ‘laiter’, pengendalian kargo,

dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi.

12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan

bahan api dan pelincir

13. Hotel dan penginapan

14. Apa-apa perkhidmatan atau kerja yang ditentukan oleh Menteri sebagai

penting bagi atau kritikal kepada kesihatan atau keselamatan awam

15. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

2 Begitu juga halnya dengan perkhidmatan stesen minyak. Adakah semua perkhidmatan ini tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP Fasa Dua?

Kesemua perkhidmatan perlu (essential services) yang disenaraikan semasa PKP masih dibenarkan beroperasi tetapi waktu operasinya diperketatkan.

Beberapa perkhidmatan yang tidak tersenarai telah dikategorikan dalam kategori baharu sebagai contoh; penyiaran, pos, media dikategorikan dalam kategori Komunikasi.

Manakala bomba, penjara, imigresen dan kastam adalah dalam kategori

Keselamatan dan Pertahanan. Bagi perkhidmatan stesen minyak pula, ia adalah di bawah kategori tenaga.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan