Penumpang MH2664 beri kerjasama

SEMUA penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 26 Mac lalu sudah tampil menghubungi Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau, untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Memetik kenyataan terbaru di laman Facebook rasmi pejabat kesihatan berkenaan sebentar tadi, semua individu yang dicari tampil menghubungi PKK Tawau.

Berdasarkan kenyataan itu juga, kes dianggap selesai dan pihak PKK Tawau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang membantu.

Terdahulu portal berita ini, menyiarkan laporan berkaitan gesaan terhadap penumpang penerbangan terbabit khas yang duduk di barisan 18 hingga 24 untuk tampil supaya menjalani saringan Covid-19.

Berita berkaitan

• Penumpang MH2664 sila tampil jalani ujian Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Covid-19