Pengesanan kes aktif di Flat PKNS Kampung Baru

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan pengesanan kes aktif di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Baru, Kuala Lumpur berikutan terdapat satu kematian akibat Covid-19 di situ, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian di KKM, Putrajaya, hari ini, mengesahkan perkara terbabit.

“Kita menjalankan pengesanan aktif di kawasan sekitar. Apa yang penting kita pastikan pejabat kesihatan daerah mengambil tindakan mengenainya,” katanya.

Difahamkan kehadiran kakitangan kesihatan dan pihak berkuasa dalam jumlah agak ramai di Flat PKNS itu menimbulkan tanda tanya mengenai apa yang berlaku di sana.

Sebelum ini, kerajaan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di empat kawasan antaranya bangunan Selangor Mansion serta Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur selepas KKM melihat terdapat pertambahan kes secara drastik di kawasan terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19