Pekerja cari gali minyak positif Covid-19

SEORANG pekerja syarikat cari gali minyak berpangkalan di Kemaman Supply Base (KSB) disahkan positif Covid-19, semalam.

Pertambahan kes menjadikan kes positif Covid-19 di Terengganu kini 111 kes keseluruhannya.

Difahamkan, minggu lalu mangsa dikatakan melakukan perjalanan rentas negeri ke Kuantan, Pahang untuk melawat orang sakit di negeri berkenaan.

Sebaik pulang semula ke Kemaman untuk bekerja, mangsa menjalani ujian saringan dan disahkan positif wabak itu kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus ketika dihubungi menerusi Aplikasi WhatsApp mengesahkan perkara itu.

Justeru itu, beliau meminta pekerja syarikat berkenaan menjalani ujian saringan dan kuarantin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19