Padah ‘zig zag’ di pagi raya

LELAKI yang menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi ‘zig zag’ di Kilometer 5, Jalan Kampung Bahagia-Kampung Gajah, Teluk Intan ditahan polis, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 pagi, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Hilir Perak yang menjalankan pemantauan Op Covid-19 di kawasan berkenaan.

Difahamkan, lelaki terbabit leka

melakukan aksi ‘zig zag’ sehingga tidak menyedari tindakannya itu disedari polis yang kemudian mengekorinya sebelum diarah berhenti.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, lelaki itu turut tidak memakai topi keledar.

“Dia menunggang motosikal secara melulu dengan aksi menundukkan kepala dan melakukan zig zag dari kiri ke kanan jalan.

“Aksi itu bukan saja membahayakan dirinya sendiri, malah pengguna jalan raya lain dan lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.