Mufti Kelantan keluar hospital hari ini

MUFTI Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dibenarkan keluar hospital, petang tadi.

Mohamad Shukri yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II(HRPZ II) sejak 18 Mac lalu kini disahkan sembuh dari koronavirus baharu (Covid-19).

Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ketika dihubungi mengesahkan Mufti Kelantan sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah petang tadi.

“Alhamdulillah mufti sudah keluar petang tadi dan sudah sembuh dari Covid-19,” katanya ringkas.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Mohamad Shukri dimasukkan ke hospital pada 18 Mac lalu selepas mempunyai tanda-tanda jangkitan Covid-19.

Difahamkan, Mohamad Shukri mengalami demam selepas pulang dari Sarawak sebelum dimasukkan ke hospital.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19