Malang tak berbau…

MALANG bagi lelaki warga asing apabila kaki kirinya terputus selepas terjatuh dalam lubang kumbahan sedang dibina di Sungai Nibong, Georgetown, petang semalam.

Mangsa berusia 20an itu sedang membaiki lubang kumbahan terbabit ketika kejadian, sebelum tergelincir sehingga kakinya tersangkut dalam lubang paip berkenaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 Zaiful Arif Md Ariffin ketika dihubungi mengesahkan kejadian pada 5.49 petang itu.

Beliau berkata, jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

“Ketika tiba di lokasi, mangsa yang sudah putus kaki itu dikeluarkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Pihak bomba mengeluarkan kaki yang tersepit di dalam lubang berkenaan dengan menggunakan mesin khas,” katanya.