Lagi berita palsu

PASUKAN Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan dua berita tular di media sosial setakat 11 pagi hari ini.

Berdasarkan laporan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat nafi menyenaraikan nombor telefon pegawai mengikut negeri bagi tujuan permohonan bantuan Covid-19 dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, Jabatan Mufti Negeri Sembilan menafikan dakwaan mengenai tulisan Abi Ali Addabiziri Tahun 565H dalam kitab Aza’imu Duhur yang meramal kemunculan wabak Covid-19 pada ketika ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19