Kluster Sendayan rekod satu kematian

KLUSTER Sendayan yang baru dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan satu kes kematian akibat Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan Twitter berkata, kematian itu direkodkan di sebuah pusat tahfiz di kawasan itu.

“Tindakan bersepadu oleh anggota kesihatan sedang dijalankan di lapangan dan semoga jangkitan dapat dikawal daripada terus merebak,” katanya.

Semalam dalam sidang media harian di Putrajaya, beliau berkata pihaknya mengesan satu kluster baharu penularan Covid-19 di Sendayan, Negeri Sembilan.

Katanya, sebanyak 39 kes positif dikesan di kawasan berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19