Henti tular gambar, audio – Panglima ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menggesa semua pihak berhenti menyebarkan gambar dan audio berkaitan seorang individu dipukul dan dicederakan anggota tentera yang melaksanakan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam satu kenyataan berkata, gambar dan audio itu disahkan palsu.

Menurutnya, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Sebarang maklumat terkini boleh didapati menerusi aplikasi Telegram, Majlis Keselamatan Negara (MKN) – https://t.me/MKNRasmi.

Gambar dan audio yang tular berkenaan dikatakan kejadian yang dilaporkan dalam Facebook Govt Commerce College, Chittagong, Bangladesh pada 17 Julai 2019.

Ia memaparkan gambar seorang lelaki dengan keadaan belakangnya lebam.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan