Gemar ‘intip’ burung migrasi

PENGGEMAR pemerhati burung migrasi, Noralip Hassanuddin, 45, membuat pengesahan identiti burung yang dirakam ketika ditemui di kediaman beliau di sini, semalam.

Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB), beliau dapat meneruskan hobi memerhati burung walaupun berseorangan.

Aktiviti pemerhati burung migrasi ini pada kebiasaanya dilakukan secara berkumpulan namun beliau mengambil inisiatif melakukannya secara bersendirian selaras dengan pematuhan kepada PKPB yang dilaksanakan oleh kerajaan demi mencegah penularan wabak Covid-19.


Menurut pengalaman beliau yang sudah berkecimpung dalam aktiviti ini sejak sepuluh tahun lalu, antara lokasi tumpuan dikenal pasti migrasi burung di pulau ini adalah di benting pasir pantai kampung sungai Labu, di sekitar paya kampung sungai Lada dan di Botanikal Garden Labuan.


NORALIP membuat pengesahan identiti burung yang dirakam di rumahnya.
NORALIP membuat pengesahan identiti burung yang dirakam di rumahnya.

Migrasi burung tempatan dari sekitar asia tenggara bermula pada awal Mei hingga penghujung Ogos setiap tahun.

Antaranya burung camar dan raja udang. 
Manakala migrasi burung antarabangsa seperti burung ‘terns‘ dan burung ‘gray-tailed tattler‘ dari jenis keluarga burung plovers (burung air) dan flaycathers (burung darat) dari kawasan eropah, Asia Timur seperti China, Korea dan Jepun melalui laluan migrasi burung yang dikenali sebagai East Asian-Australiasian Flyway (EAAF)bermula sekitar September hingga April.


Sepanjang penglibatan Noralip dalam aktiviti ini sejak 2010, beliau pernah memenangi Novice – 1st Runner Up pada pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser pada Mei 2016 yang berlangsung di Bukit Fraser, Raub Pahang dan sebelumnya pernah menjadi salah seorang Johan Pesta Burung Borneo (Borneo Bird Festival) pada Oktober 2015 di Taman Kinabalu.


Pulau Labuan sememangnya dikenali sebagai lokasi tumpuan migrasi burung tempatan dan antarabangsa berpotensi sebagai kawasan ‘avi-tourism‘ kepada peminat serta penggemar burung daripada dalam serta luar negara.