Empat zon klasifikasi kawasan kes Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menetapkan empat zon bagi mengklasifikasikan kawasan Covid-19 yang dilakukan berdasarkan jumlah kes di sesuatu kawasan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam jawapan bagi soalan lazim (FAQ) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2) memaklumkan zon merah mempunyai lebih daripada 40 kes positif virus berkenaan, manakala kawasan yang mempunyai 21 hingga 40 kes positif dirujuk sebagai zon jingga.

Zon kuning pula merujuk kepada kawasan yang mempunyai satu hingga 20 kes positif, manakala zon hijau adalah kawasan yang tiada kes positif.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan-kawasan atau lokaliti tertentu dalam zon merah atas nasihat KKM apabila berlaku penularan mendadak dalam lokaliti berkenaan,” menurut MKN.

MKN turut memaklumkan sepanjang PKP 2 bermula semalam hingga 14 April, hanya 10 sektor kritikal yang dibenarkan beroperasi antaranya makanan, air, tenaga, komunikasi dan Internet serta keselamatan dan pertahanan.

Selain itu, pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembentungan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet; perbankan dan kewangan; e-dagang dan logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu turut dibenarkan beroperasi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan