Dr Jerip positif Covid-19

MENTERI Muda Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil disahkan positif Covid-19.

Menurut pegawai di pejabatnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) malam tadi.

“Ya memang disahkan, Datuk (Dr Jerip) di HUS sekarang untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, Dr Jerip dipercayai dijangkiti wabak itu selepas seorang pekerjanya positif Covid-19.

Pekerja itu menghadiri persidangan gereja, Good News Fellowship Conference Church, baru-baru ini.

Sehubungan itu, semua orang terdekat Dr Jerip iaitu isteri termasuk pegawai tadbir khas dan pemandunya diarahkan menjalani kuarantin di rumah.