Cedera dilanggar kereta terbabas

ANGGOTA polis trafik yang sedang membuat kawalan di Jalan Kuching menghala ke Selayang cedera di bahagian muka selepas dilanggar kereta yang terbabas pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian itu berlaku apabila anggota terbabit, Amos Borine berdiri di tengah pembahagi jalan kerana ada satu kemalangan lain dan sedang buat kawalan lalu lintas.

Menurutnya, bagaimanapun tiba-tiba sebuah kereta terbabas dan melanggar anggota terbabit menyebabkan dia tersungkur.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.