Bekalan makanan mencukupi

“KAMI sekeluarga sudah mendapat barang keperluan yang diserah polis kelmarin dan setakat ini bekalan makanan masih mencukupi,” kata pekerja swasta yang enggan dikenali.

Wanita berusia 30 tahun yang tinggal di Jalan 2/38 di Petaling Jaya, antara 2,900 penduduk di kawasan berhampiran Pasar Jalan Othman yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula kelmarin sehingga 23 Mei.

Menurutnya, dia tinggal bersama 13 ahli keluarga lain di dalam rumah berkenaan dan sudah mendaftar serta menjalani ujian saringan Covid-19 di sekolah rendah jenis kebangsaan cina (SJKC) berhampiran kediamannya, kelmarin.

“Saya yang bekerja dalam bidang hiburan juga tidak ke tempat kerja buat masa ini dan hanya tinggal di dalam rumah menunggu arahan selanjutnya.

“Buat masa ini kami sudah menerima barang keperluan dan makanan masih mencukupi. Jadi tidak ada masalah berkenaan perkara itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, di kawasan tempat tinggalnya ada tiga rumah didiami warga emas yang tinggal bersendirian dan satu rumah dihuni orang kurang upaya (OKU) dan berharap kerajaan akan lebih mengutamakan mereka yang memerlukan bantuan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan