Bayar fidyah online

MAJLIS Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memutuskan pembayaran fidyah dibuat secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penolong Pengarah Baitulmal MAINJ, Nur Asraf Hashim berkata, umat Islam yang mahu membayar fidyah boleh memuat turun aplikasi eFidyah di Google Playstore.

Katanya, mereka juga boleh membuat pembayaran fidyah dengan melayari epayment.maij.gov.my.

“Fidyah adalah bayaran yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan selama setahun hingga tiba Ramadan tahun berikutnya.

“Kadar dan jumlah pembayaran boleh rujuk di laman sesawang http://www.maij.gov.my dan aplikasi berkenaan. Pembayaran boleh dibuat bermula hari pertama Ramadan tahun ini,” katanya ketika dihubungi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan