Bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam Pahang

KERAJAAN Pahang meluluskan pemberian bantuan khas RM500 untuk 8,000 penjawat awam Pahang sempena Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penjawat awam yang menerima bantuan khas itu ialah daripada Gred JUSA dan ke bawah.

Katanya, bayaran akan dibuat pada 19 Mei ini membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri kira-kira RM4 juta.

“Bantuan khas ini sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan kesetiaan penjawat awam kepada kerajaan negeri selama ini.

Saya juga meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan-badan berkanun negeri supaya turut melaksanakan pembayaran yang sama.

“Terdapat kira-kira 3,500 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di PBT serta badan-badan berkanun di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Wan Rosdy meminta penjawat awam memanfaatkan bantuan khas itu sewajarnya bagi meraikan hari raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

tamat

From: Asrol