APMM Johor bantu komuniti maritim

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menyalurkan bantuan kepada 40 keluarga komuniti maritim 19 di Batu Pahat, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, penerima adalah membabitkan penduduk Kampung Parit Simen, Kampung Bagan dan Kampung Muhibbah.

Katanya, sumbangan membabitkan beras, tepung gandum, minyak masak serta keperluan asas makanan lain untuk kegunaan Aidilfitri.

“APMM sentiasa prihatin terhadap nasib komuniti maritim yang sukar mendapatkan bekalan dalam tempoh PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.

Menurut Aminuddin, APMM juga menghargai kerjasama yang diberikan oleh komuniti maritim yang turut memainkan peranan dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) melalui penyaluran maklumat.

Katanya, program bantuan kali ini juga mendapat kerjasama daripada Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman.