487 ditahan sepanjang tempoh PKP

SEBANYAK 487 tangkapan direkodkan di Sarawak setakat hari ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, terbaru seramai 35 individu ditahan dalam tempoh 24 jam dari jam 8 pagi semalam sehingga 8 pagi hari ini.

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding 26 tangkapan yang dilakukan semalam.

“Sibu mencatat tangkapan paling tinggi iaitu lapan orang, Kota Samarahan (7), Kuching (6), Padawan (5), Sarikei (4),Miri(3), Bintulu (1) dan Julau (1),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 312 suspek sudah didakwa di mahkamah.

“Seramai 282 individu mengaku bersalah, manakala 19 lagi tidak mengaku bersalah.

“Seramai 93 dijatuhkan hukuman penjara, 72 dipenjara dan denda, manakala 85 lagi didenda,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga individu bawah umur yang mengaku bersalah dan masih menunggu laporan akhlak.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan