10 mengaku langgar PKP

TUKANG gunting rambut, peniaga, buruh dan pekerja kampung antara 10 individu didakwa di Mahkamah Majistret Raub, hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua 10 individu berusia 21 hingga 75 tahun itu mengaku bersalah dan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,000.

Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 324).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di berapa lokasi di Cheroh, Sungai Ruan dan Dongdi, minggu lalu.

Pertuduhan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya Pulrani Kaur Gurchan Singh di hadapan Majistret Tuan Shahrul Ehsan Hashim.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan